God Save the King
God Save the King

God Save the King

"God Save the King" ("Tuhan Selamatkanlah Raja") atau God Save the Queen" (Bahasa Melayu: "Tuhan Selamatkanlah Ratu") adalah sebuah lagu kebangsaan yang digunakan dalam beberapa negara dalam Alam Komanwel.Ia merupakan lagu kebangsaan United Kingdom termasuk wilayah-wilayah dalam tanggungannya, Pulau Norfolk, salah satu lagu kebangsaan Kepulauan Cayman dan New Zealand (sejak 1977) serta lagu diraja Kanada (sejak 1980), Australia (sejak 1984), Isle of Man, Belize, Jamaika dan Tuvalu. Dalam negara-negara yang bukan tedahulunya sebahagian dari Empayar British, irama lagu ini masih digunakan sebagai asas untuk lagu patriotik berlainan, walaupun masih secara umum berhubung dengan majlis diraja.Penulis lagu ini tidak dapat dikenal pasti. Lagu ini mempunyai pelbagai versi yang dihasilkan mengikut masa-masa tertentu dalam sejarah, namun versi-versi tersebut mempunyai persamaan pada rangkap pertamanya. Sepanjang hayat terbitannya, lagu ini telah banyak kali diolah dengan penambahan atau pembuangan bait-bait yang berkenaan pada tempat-tempat tertentu.[1] Pada umumnya hanya satu, atau kadangkala dua rangkap dinyanyikan, namun terdapat juga kes jarang di mana kesemua tiga rangkap lagu tersebut yang dinyanyikan.[2]

God Save the King

Digunapakai 1745
Lirik Henry Carey
Juga dikenali sebagai God Save the Queen (jika pemerintahnya adalah wanita)

Rujukan

WikiPedia: God Save the King http://www.pch.gc.ca/progs/cpsc-ccsp/sc-cs/godsave... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://myweb.tiscali.co.uk/royalmarinesbands http://myweb.tiscali.co.uk/royalmarinesbands/natio... http://www.royal.gov.uk/output/page5010.asp https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb14797947m https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb14797947m https://id.loc.gov/authorities/names/n82039934 https://d-nb.info/gnd/4531996-0 https://web.archive.org/web/20040418235039/http://...